blowing snowflakes

Monday, May 16, 2016

tips survival di matrikulasi

-assalamualaikum-

memandang result UPU pun dah keluar and soon result matriks pun akan keluad. aku tahu ramai yang kata matriks ni susah, tough, kena struggle mati-mati.

rules dia simple je. kau nak berjaya kau struggle. kau nak merempat kau malas-malas lah. further study memana pun semua ada susah senangnya. asasi tu pun bukan senang macam goreng kacang. sama je susahnya. silibus pun lebih kurang je dengan matriks. cuma lifestyle asasi ni lebih ke-universiti-an lah.

tanak cerita pasal ASASI. sebab aku bukan dari asasi. im originally from MATRIKULASI dan aku berbangga. sebab apa?

first, sebab aku berjaya sambung degree dalam course apa yang aku nak and aku study sesama, duduk sesama dalam lecture hall tu dengan bebudak asasi and form 6. jangan salah faham, aku tak merendah-rendahkan or bring negative vibes kat ASASI AND FORM 6.

as i stated before, sambung memana pun ada susah, ada senangnya. so here i am, nak bagi sikit tips on how to survive kat matrikulasi. ini apa yang aku buat. confirm korang pun nanti ada senior-senior sekolah menengah yang masuk matriks jugak. and might be they apply different techniques. cara nak survive ni banyak. jadi student kena kreatif dan kritis. we are not robot yang static pada satu cara je. kita diprogramkan. kita diberi akal untuk berfikir.

so terpulang pada diri masing-masing untuk cari cara paling selesa untuk berjaya.

TIPS SURVIVAL:

PERTAMA: JANGAN TINGGAL SOLAT.

ni tips paling crucial sekali. kau akan rasa kejatuhan bila kau tinggal ibadah kau. percayalah cakap aku. jangan compare dengan agama lain!
bila mana kau dilahirkan sebagaia ISLAM. kau wajib untuk tidak tinggalkan solat. hubungan dengan Allah settle, in sha allah yang lain pun settle gak

KEDUA: JAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

tidak se-crucial solat. tapi ni pun kena jaga. jangan cari musuh. buat hubungan baikdengan cikgu. hubungan baik tu jangan sampai tersangkut pulak. tidak pelik nanti kalau korang jumpa ramai cikgu muda,handsome,bujang trang tang tang mengajar korang kat matrikulasi. sebab matriks memang ada sediakan program lecturer (not going to explain this). jaga hubungan baik sesama roommate,classmate. kalau batchmate tu susah lah sebab batch korang akan ramai gila. so nak bertegur sapa dengan semua orang tu amatlah mustahil. sekurangnya 3 kategori manusia ni kau jaga betul-betul hubungan dengan dorang (cikgu,classmate,roommate)  in sha allah, 3 kategori ni settle semakin mudah untuk kau berjaya.

KETIGA: SIAPKAN SEMUA ASSIGNMENT

nanti korang cuma ada 4 subjek je. EMPAT SAHAJA.! tak banyak pun. tapi yang 4 ni boleh cukup buat kau jadi zombie kalau kau tak pandai nak arrange. so, korang kat matriks style dia ala-ala sekolah. assignment tu style buku latihan which every subject memang akan sediakan. AND AND AND! korang wajib siapkan semuanya. nak berjaya tak? kalau nak WAJIBULGHUNNAH! buat!! memang remeh, memang banyak. tapi percayalah kalau korang buat ni je lah jalan paling mudah untuk kau perform kat matriks.

KEEMPAT: BUAT PAST YEAR QUESTION

ni CRUCIAL! korang kalau nak kenal pattern soalan. kau nampak tips and tricks soalan. korang kena buat past year. sebab apa? sebab trend soalan dia berulang. kadang tu dia cuma tukar nama Ali ---> Abu.yang lain semua sama. or dia tukar situation tapi apa yang dia nak tu sama macam soalan2 lepas. so, nak perform kena rajin-rajin buat past year. aku dulu masa kat matriks, soalan past year berpuluh kali buat sampai hafal pattern soalan, hafal jalan kerja sebab dah banyak kali sangat buat. tapi ni je jalan untuk kau cepat faham apa yang kau belajar.

KELIMA: JANGAN PONTENG LECTURE

OKEY, ni last untuk bebelan aku harini. jangan! jangan!jangan! korang sesekali ponteng lecture. tapi kalau dah demam,cirit-cirit, sakit teruk tu janganlah seksa diri nak jugak pergi kelas. tu terlebih rajin. aku dulu pun kalau demam tak pergi kelas. tapi selagi mampu pergi kelas. seeloknya pergi. lecture,tutor,practical. segala kelas yang wujud. seeloknya pergi. tutor lagilah takleh ponteng sebab satu kelas berapa kepala je ada.kalau sorang tak datang tu emang nampak sangat lah tak datangnya.

sekian bebelan aku, agak panjang. semoga bermanfaat untuk mereka yang memang dah nekad nak masuk matriks. dan juga untuk mereka yang masih berbelah bahagi untuk join matriks or asasi or form 6. last but not least, sendiri fikir mana yang sesuai dengan diri sendiri, yang nak belajar tu kau. kalau malas pun salah diri sendiri. kalau rajin tepuk bahu sendiri. kalau dah buntu sangat tatau nak pilih mana solatlah istikharah.

-assalamualaikum-


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...