blowing snowflakes

Friday, November 25, 2011

7 HARI MENCINTAIKU

~assalammualaikum~

waduh waduh..tajuk entri sungguh tak boleh blah...menangis aku menulis tajuk entri..tapi itulah satu kenyataan lagi hakiki!! seminggu je kau cinta aku!! oh no no no!! await sekejap sangat!! baru nak rasa nikmat cinta..aleh-aleh da tamat tempoh!! atoto!! extend boleh x?? tambah lg 1-2 hari ke..tak pun postpone 2-3 bulan..bisa nggak?? apalah yg aku merepek nikan!! kalau dah janjinya 7 hari..7 harilah expired date die..well nak buat mcm mne..org da tak cinta takkan nak buat muka tembok bangunan sekolah meleleh menagih cinta pada yang tak sudi..tak malukah!! aku ini dahlah wanita pilihan ramai..aceceh perasaan sudah..masuk bakul suruh jiran sebelah angkat!! #perlibahasa ye ini bukan peribahasa!! 7 hari pun 7 harilah..hakikatnya aku tetap dapat merasai cinta kau!! huwahuwahuwahuwa!! banjir rumah aku..meleleh-leleh airmataku ibarat hujan yang membasahi bumi..tak sanggup aku menghadapi saat gentir ini!! ohh mengapakah 7 hari cuma..mengapakah..sayang mengapakah hanya 7 hari?? sayang jawab boleh tak!! yang kau dok senyap je apehal!! kau tahu tak aku mennagis kerana kau!! mataku yang cantik bersinar seperti lisa surihani ini merah bengkak kerana kau!! sembab-sembab kerana kau!! tahukah kau semua itu!! (woossshhh tragis gila kisah cinta akukan)

~ahaksss~ tadi tu cuma intro yang tak berapa suspensla!! aku mana ada putus cinta..bercinta pun belum lagi..nak putus cemana.. hahhhhhh sebenoqnya aku nak cerita pasal satu novel nih!! novel ni memang TWO THUMBS UP lah!! 10 STARSSSSSSS!! tengok S die panjang gilakan..maknenyer sesangat best!! okey okey..novel yang aku nak cerita karya SITI ROSMIZAH yang ke-4 tak silap akulah..aku ni tak delah die hard fan siti rosmizah..tapi boleh dikatakan semua novel dia aku baca?? erk?? tak die hard ke tuh?? tak kesahlah..aku start baca novel die tajuk CINTA KAU DAN AKU ni pun kwn aku yg rekemenkan..memang melelehlah airmata aku..sedih woo story die..lepas tu aku baca ANDAI ITU TAKDIR-NYA..ni lagi tragis sadis..lagi sedih kutsss..berganda airmata aku meleleh..korang yang peminat novel harus baca ANDAI ITU TAKDIR-NYA..novel ni pun abang aku yang suruh baca.. fuhhh abang aku baca novel?? uish dahsyat...lepas tu aku baca 7 HARI MENCITAIKU puloks..ni lagi extra sedih extra tragis exrta sadis extra ini-itulah..semua dia nak extra!! extra jugaklah airmata aku meleh-leleh..sebaik takde yang perasan..well baca novel dalam bilik!! storyline die memnag titoplah!! tersusun rapi!! watak dan pembawakan cerita die memang jelas..one by one siti rosmizah ceritakan..semua watak ada endingnya..sesetengah novelis letak watak bukan main banyak sampai berpusing saraf otak aku nak mengingat..tapi ending die 2-3 org je yg die cerita..watak yang starting dekat beratus keluar tu tak tahu hilang ke mana!! tapi 7 hari mencintaiku ni..semua watak die ada ending so kita yang baca pun puas hati..yang jht dibalas jht..yang baik dibalas baik..fairlahkan!!












hah!!!!! tebal ke tidok...wajib jawab TEBALLLLLLLL!! m/s dia 1049..banyak ke tidok!! tapi sebab cerita die best..maka tidaklah terasa sangat m/s die yang beribu itu..




sinopsis dia..memang fantastika..aku dapat bayangkan betapa gentleman nya si KHUZAIRI ni..hikhikhik :D





ini cover dia..cantikkan!! mcm full of love gituh..aceceh wahaha melebih-lebih aku ni tau!! tapi for sure aku suggestkan kat student PMR or SPM bacalah buku-buku novel cengginih..bagus untuk membantu bahasa dalam karangan.... :D

#pada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan dnia novel..bagus jugak if nak try terus baca buku tebal-tebal mcm ni..tp dinasihatkan try to read some other books yang nipis sikit and do some comparison..kadang-kadang citarasa pembaca ni lain-lain..ada yang suka thriller ada yang suka extra love ada yang suka sedih-sedih baru boleh feel menangis sikit..tapi SITI ROSMIZAH for random semua karya dia terbaik!! paling terbaik ANDAI ITU TARDIR-NYA dan 7 HARI MENCINTAIKU

~assalammualaikum~


3 comments:

  1. budak kecik x sesuai bace buku mcm 2..hehe :D

    ReplyDelete
  2. Andai itu takdirnya mmg da bomb . meleleh ayaq mata aiihh . 7 hari mencintaiku belum bace lagi . pinjam bley ? :D HAHA

    ReplyDelete
  3. asyiqin: yes budak kecil tak sesuai sebab ni cerita orang dewasa hikhikhik...

    syakila: kan..andai itu tardir-Nya memang novel paling sedih yang pernah aein baca...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...